Khamis, 24 November 2011

Lahirnya Blog Blok F Cheras Utama

Pengasas
Saya kamarudin bermurah hati membina satu blog untuk blok F yang sememangnya adalah percuma daripada google. 

Tujuan
Saya cuba mencipta kelainan dalam membentuk komuniti, di mana dengan adanya blog blokfceria.blogspot.com ini dapatlah kita sama-sama mengikuti perkembangan semasa, berita sensansi, info-info yang mungkin berguna, menatap gambar aktitivi supaya ianya senang diakses oleh semua. Tidak seperti facebook yangmenyukarkan untuk kita menjejaki beberapa info yang terdahulu, gambar-gambar kenangan dan sebagainya.

Hala Tuju
Sesuatu yang dibina mestilah ada jalan, ada perancangan, komitmen, tanggungjawab dan mesti dilihat kenapa ianya dicipta. Tidak mungkin saya mampu bersendiri mengalas untuk memasukan input atau entri terbaru dalam blog ini, jadi kerjasama harus dibina daripada awal. Menyentuh hala tuju, sudah tentu kita mahukan sesuatu yang lebih istimewa berbanding hari semalam. Secara ringkasnya, hala tuju blog ini ke arah kominiti yang lebih celik IT, berkerjasama, dan akhirnya membawa berkat kepada semua penghuni.

Blog ini akan lagi dikemaskini dengan templete yang lebih canggih, disertakan logo, warna dan tema.. semuanya akan menyusul.. Saya akan melantik beberapa orang AJK terpilih untuk meneruskan kesinambungan blog ini.. tunggu..!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan