Sabtu, 26 November 2011

Kenaikan Yuran Penyelenggaraan

Blok yang terlibat: E, F, G & H

Adalah dimaklumkan, AJK Pengurusan JMB telah memutuskan kenaikan berikut berkuat kuasa 01 Jan 2012:
  1. Yuran Penyelenggaraan (Sinking Fund) sebanyak RM5
  2. Yuran Penyelenggaraan Tambahan (Tambahan binaan / Grill luar rumah, dapur tambahan dan sebagainya) sebanyak RM5
Bagaimanapun, "Undang-undang Dalaman" yang telah dipersetujui di dalam Mesyuarat Agung Khas (EGM) yang lalu telah diperkuatkuasa.

Harap tuan/puan dapat memberi kerjasama supaya pihak pengurusan JMB boleh menjalankan tanggungjawab dengan lancar.

Sekian. Terima kasih.

Peringatan Bayaran Yuran Penyelenggaraan Tertunggak

Pada 15 November 2011, satu memo berkenaan perkara ini telah dikeluarkan oleh AJK Pengurusan (JMB.PKR.TC2) dan diedarkan kepada semua blok Taman Cheras Utama. Antara kandungan memo tersebut ialah:

Tunggakan Melebihi RM400:-
  • 15 Nov 2011 - Peringatan Pertama
  • 09 Dec 2011 - Peringatan Kedua
  • 01 Jan 2012 - Peringatan Ketiga oleh (Tindakan MPK)
Tunggakan Melebihi RM200:-
  •  09 Dec 2011 - Peringatan Pertama
  • 01 Jan 2012 - Peringatan Kedua
  • 20 Jan 2012 -  Peringatan Ketiga oleh (Tindakan MPK)
Kami berharap tuan/puan dapat menjelaskan Yuran Penyelenggaraan Tertunggak sebelum pihak COB (MPK) mengambil tindakan. Kepada penyewa diharap dapat memaklumkan kepada tuan rumah anda.

Sekian. Terima kasih.

Khamis, 24 November 2011

Borang kemasukan Rekod Kenderaan Blok F

Lahirnya Blog Blok F Cheras Utama

Pengasas
Saya kamarudin bermurah hati membina satu blog untuk blok F yang sememangnya adalah percuma daripada google. 

Tujuan
Saya cuba mencipta kelainan dalam membentuk komuniti, di mana dengan adanya blog blokfceria.blogspot.com ini dapatlah kita sama-sama mengikuti perkembangan semasa, berita sensansi, info-info yang mungkin berguna, menatap gambar aktitivi supaya ianya senang diakses oleh semua. Tidak seperti facebook yangmenyukarkan untuk kita menjejaki beberapa info yang terdahulu, gambar-gambar kenangan dan sebagainya.

Hala Tuju
Sesuatu yang dibina mestilah ada jalan, ada perancangan, komitmen, tanggungjawab dan mesti dilihat kenapa ianya dicipta. Tidak mungkin saya mampu bersendiri mengalas untuk memasukan input atau entri terbaru dalam blog ini, jadi kerjasama harus dibina daripada awal. Menyentuh hala tuju, sudah tentu kita mahukan sesuatu yang lebih istimewa berbanding hari semalam. Secara ringkasnya, hala tuju blog ini ke arah kominiti yang lebih celik IT, berkerjasama, dan akhirnya membawa berkat kepada semua penghuni.

Blog ini akan lagi dikemaskini dengan templete yang lebih canggih, disertakan logo, warna dan tema.. semuanya akan menyusul.. Saya akan melantik beberapa orang AJK terpilih untuk meneruskan kesinambungan blog ini.. tunggu..!